Wednesday 2 March 2011

Dunia Baru Untuk Blogger Yang Baru

Assalamualaikum..
Hari ini, keyboard laptopku menjadi saksi bahawa diriku telah mencuba sesuatu yang baru..
Sesuatu yang agak berlawanan dengan peribadi diri..
Saya lebih suka bercakap berbanding menulis..

Saya merasa terpanggil untuk berbicara tentang dunia hari ini. Keadaan dunia yang begitu 'nazak' dan membimbangkan. Manusia mencipta sejarah dari semasa ke semasa. Dari seorang bayi yang kecil kepada seorang tua yang dhaif. Semua telah, sedang dan akan mencipta sejarah hidup masing-masing, sama ada mencorak suatu kenangan manis yang akan mewarnai hidup-hidup yang kelam dan suram atau menangisi kenangan pahit yang telah dicipta sendiri.

La Tahzan. Ungkapan yang begitu popular dalam kalangan masyarakat hari ini. Kita mesti akur dengan qadha' dan qadar Allah. Kerana setiap insan tidak akan pernah terlepas di bawah pengawasan Allah. Jadi, untuk apa kita bersedih. Bukakanlah pintu hatimu untuk bangkit dan bertindak. Lakukanlah perubahan di kala manusia lain masih terleka. Wahai hati-hati yang tengah terluka, kamu sangat beruntung kerana masih ada yang menyayangimu. Allah tidak akan pernah meninggalkanmu.

Setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam mengemudi hidup yang penuh badai dan ombak yang menggulung. Tapi, kita diberi peluang untuk memilih jalan hidup kita. Jalan yang lurus atau jalan yang menghala ke titik buntu. 

Firman Allah : 


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (١٥٥)
155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar


Kita merasakan hidup kita tidak seperti yang kita mahu. Tapi sedarkah kita, hidup ini hanyalah dipinjam untuk kita sekejap sahaja sebagaimana Rasulullah s.a.w. mengumpamakan dunia dengan akhirat adalah jarak antara dua jari telunjuk dan jari tengah baginda. Jika kita merasakan diri kita cukup derita, masih ramai lagi yang tidak punya apa2 untuk makan. Rasulullah s.a.w. tidak pernah kenyang seumur hidupnya melainkan apabila baginda meraikan majlis keraian sahabat-sahabatnya.

Maka, detik ini, saat ini, bulatkan tekad untuk berubah. Dosa yang lalu, kekecewaan, hinaan manusia kita kuburkan. Jom mulakan hidup baru. Kerana Allah bersama kita. Ayuh sertai saya. Kita sama-sama BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR

Firman Allah :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَةَ اللَّهِ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٢١٨)
218. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang Yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 Doa Rasulullah:-
"Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibah ini. Dan gantilah ia dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya"...Doa Ummu Salamah apabila kehilangan Abu Salamah....Yakinlah Allah akan kurniakan yang terbaik buat diri kita...InsyaAllah... 

Mari bersama saya. Pilihlah untuk bahagia, kerana kita tidak cukup masa untuk menangisi masa lalu. Detik bahagia sedang menunggu kita, untuk kita bertemu denganNya.

Akhir kalam, Allah sayang kita, Wahai Ulul Albab!!!



5 comments:

  1. Assalamualaikum...salam ziarah... dan salam mengutip ilmu ALLAH alhamdulilah sama2 kita mencari redho ALLAH s.w.t... teruskan usaha DAKWAh... FIHIFZILLAH :)

    ReplyDelete
  2. Salam....

    Alhamdulillah,,teruskan usaha...memberi semampu boleh...insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam Siti Mastura..
    sy xde ilmu pn..ape yg baek, ambil lh..
    yg xbaek, tinggalkn 'teguran' utk sy..
    sy berlapang dada aje..trima kasih sudi balas kunjungan..semoga ukhwah berkekalan..ameen..;-)

    ReplyDelete
  4. Wsalam..
    kpd HaDi..
    maaf byk mniru dan terikut2 dgn fikrah nta..
    ape2 pn, sudi2 lh utk btolkn mna yg slh n topupkn mna yg kurg..
    nta juga truskn usaha..jgn berhnti mnulis..
    trima ksih..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..

    terima kasih kerana sudi melawat "teratak" sya beberapa hari yg lalu.

    terima kasih atas perkongsian yang menarik ini.

    salam ukhwah:-)

    ReplyDelete