Tuesday 22 January 2013

I'm Backkk..

Assalamualaikum wbt..


Lama dah blog ni bersarang n xde spe pn nk update..ye lh sape plak nk tlg update kn..hehe..eh, rupanya blogger ni msih hidup lhh..igtkn dh mati daa..hihi..
Hr ni nk tulis ape ye..msih xde tujuan..;-)


...MAULIDUR RASUL... 


  Tiba2 teringat ttg ni..apa perasaan kita bila dengar perkataan ni?? rindu nabi atau biasa2 sje? Serius sy ckp, sy sangat2222 syg pd Nabi Muhammad SAW..from deep of my heart..tp nabi sygkn kita semua lebih drpd itu..ingin skali aku bertemu dengannya..first time jejak kaki ke Madinah n terlihat kubah berbumbung hijau, Subhanallah, hatiku sangattt sayu..aku rindu untuk tatap wjahnya n bgth baginda,
"Ya Rasulullah, maafkanku sbb xdpt jd ummat yg terbaik..doakn ku ye.."


Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Ahzab, ayat 21, Allah SWT sendiri telah mengiktiraf peribadi junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang berbunyi :


 لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)


Maksudnya :
21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).


So, apa tunggu lagiiii..jom laa kita kenal Rasul kita..mulai hari ni, praktik satu sunnah je dulu..contohnya nabi basuh tangan sebelum makan..itu sunnah okayy..kita buat hr2 tp xth tu sunnah..kita buat sebab dh biase..xdpt ape lh..lps ni tiap kali bsuh tgn, igt Rasulullah..nabi ku selalu basuh tgan sebelum makan..n aku buat sbb aku syg kn nabi..;-) 


Istiqamah dan lakukan penambah baikan dr semasa ke semasa ye..chaiyok222!!!



Ya Rasulullah, aku sayang kamu! Aku mohon kepada-Mu Ya Allah agr dipertemukan aku dengan baginda..


LET'S FOLLOW SUNNAH!!!
Inn Shaa Allah....




Tuesday 22 March 2011

~Pahitnya Tarbiyyah~

Assalamualaikum..
alhamdulillah, masih diberi kesempatan waktu oleh Allah untuk menulis, walaupun masa amat-amat mencemburui diriku..Setelah berpenat lelah, bertungkus lumus dan berhempas pulas, akhirnya asatizah SPI yang dikasihi dapat juga menjejakkan kaki ke Taman Negeri Endau Rompin, Pahang untuk ditarbiyah. 
Pada mulanya, hati ini tidak merasakan berkeinginan untuk pergi bersama yang lain. Ketika dalam perjalanan, hati makin lama makin sayu. Betapa Allah menginginkanku untuk pergi ke sana. 
Apabila tibanya di Pintu Gerbang Taman Negeri Endau Rompin, hati ini tiba-tiba bersuara mengatakan "YaAllah, tarbiyahlah aku mengikut caraMu". Tanpa ku sedar, air mataku menitis. Adakah aku insan terpilih itu??

Tiba-tiba, bas berhenti. Kami tidak dapat meneruskan perjalanan kerana tanah runtuh. Akhirnya, kami semua berjalan kaki untuk sampai ke destinasi yang dituju. MasyaAllah, jauhnyeee...Tarbiyah kini bermula..
Begku yang begitu berat, di tambah pula dengan kainku yang begitu 'kewanitaan' menyukarkanku untuk berjalan bersama sahabat-sahabat yang lain. Jalan yang dilalui begitu mencabar. Nasibku begitu baik kerana dapat naik kereta ustaz untuk angkut barang-barang sahabat. Maaf ye kerana tidak dapat merasai kepenatan bersama kalian.

Sampai di sana, Pok Nik menyuruh kami membuat satu organisasi baru yang dipanggil Kem Komanden..yang dipengerusi oleh Ustaz Zulkhairi yang poyo..Ustaz Syafiq telah terpilih menjadi ketua kami..Saya sangat menghormati kamu ustaz..Tujuan kem ini adalah untuk menekankan konsep SYURA dalam segala keputusan yang akan dibuat oleh para asatizah.

Acara masak-memasak bermula..Kami masak ayam dalam tanah..xpernah2 dibuat sebelum ni..makan je lhhhhh...terima kasih Ustaz Fais..semangat btol hdupkan api ye..Lepas maghrib, beberapa peserta telah terpilih untuk memberi tazkirah spontan mengikut situasi yang berbeza2..sangat2 geli hati melihat telatah asatizah yang terpilih..Ustaz Khairi, lepas ni apabila Dato' Datin mintak bagi tazkirah, jangan blurr2 lg ye..hehe..Ustazah Nuriah, caye lh!!! lepas ni, kita hantar ke Felda2 untuk berdakwah..;-)

Pada malamnya, kami masuk hutan untuk aktiviti 'Night Walk'. Oh, Tuhan..gelapnya..kami bergerak mengikut kumpulan. Saya tunduk aje sambil mulut tak berhenti berzikir..Takutnye yaAllah..bunyi ape tu??Badan menggeletar menahan rasa..aduhaiii, ustazah Atiqah..apelh kamu ni...Setiap sorg dilepaskan utk berjalan ikut tali..lps mnjawab soalan2 fasi, dgn lajunye diri ini lariii..takut punye pasal smpai nk terlanggar pokok..lg skali kna marah dgn fasi..adoiii, kna mrh aje..shinggalh bertemu sahabat2...alhamdulillah..
Malamnya, hujan turun..beg pakaianku habis basah termasuk semua pakaian yang ada..3hr lencun shinggakn badan menggigil dengan sndiri even dalam solat..tgnku dh xde drah..btapa sejuknya Endau Rompin.

Esoknye kami sambung trekking untuk setengah hari..7jam..menguji ketahanan fizikal dan mental..Kami berhenti di satu tempat untuk memasak..Kali ni, masak nasi dalam buluh plak..kentang masak dalam tanah..adoiii..lagi skali..paling susah nak hidupkan api..dlm keadaan hujan..akhirnya, dapat jgaklh makan ala kadar..

Perjalanan diteruskan ke 'Waterfall'..laluan yang begitu bahaya dan menakutkan..Hati2 ye sahabat2..Kesian Ustazah Izzati tertanggal tapak kasut..Sabo yerrr...Ustazah Najua, jgn dipegang abg tuuuuu...hahaha..kepenatan hilang bila terpandangnye air terjun di hadapan mata..Subhanallah..Hebatnye ciptaanMu.. Sesi klik..klikk..klikkk berlaku...;-)

Sampainye kami ke khemah, smua bergegas untuk masak lg..'dapur' kami 'dirampas'...sdeyyy..Ustaz Fais kata kna berlapang dada..;-) kami siap lmbat hr tu..;-( Tarbiyah!!! Lepas maghrib, tazkirah spontan ada lg!! Ustazah Salwa kena bg tazkirah pd mak cik-mak cik Sarawak dalam dialek bhs mereka..sgt kelakar..tahniah  ustazah..

Pada malam itu, kami 'di hantar' naik ke hutan lagi untuk 'Solo Night' selama 1jam setengah..MasyaAllah...Dr Arieff mengajar kami bgaimana nk berkomunikasi dengan alam sehingga menerbitkan kehambaan pd kehebatan Allah..Dr Arieff sruh smua pljar bermuhasabah sendirian dan menghayati firman Allah pada ayat 191, Surah Ali Imran yang berbunyi :
 
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (١٩١)
 Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka".

Doa yang selalu ku baca ms kecik2 dl bila tgk langit..;-p .Setiap seorang ditinggalkan di tepi jalan. Kanan kiri hutan..Pada mulanya, diri ini dapat merasakan betapa hinanya diri.. Lama kelamaan, perasaan takut mula menghantui diri..macam2 ku dengar..sehinggakn macam org gila..terkejut sendiri2..kejap duduk, kejap bangun..Rs nk lari dptkn kawan..Diri ini berpegang dengan ayat al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 284:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

Maksudnya : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

Tahap ketakutanku sampai ke kemuncak..Duduk dan berteleku..Kedengaran bunyi tapak kaki yang semakin dekat..Bila dongak je, nampak Ustaz Khairi dan yg lain..sesi tamat..MasyaAllah, hbatnya kuasa Allah..skrang diri ini bertambah yakin..Allah akan menguji setakat kemampuan hambanya sahaja..Takutnye pd kegelapan hya Allah shj yang th..Sem ni, bilik single..tidur di kolej pn xpernah tutup lampu dan mesti tidur dengan ayat al-Quran terpasang..hehe..ustazah, ustazah..

Hari terakhir, pagi2 lagi selepas makan, kami 'bermain' dengan air 100%.. rafting dan river crossing!! Gulp!!! Kali ni takut air plakkk...slps bergilir2 'life jacket', mula lh nk crossing2 river yg berarus niii...mula2 terlebih semangat..punyalh laju...smpai kna marah dgn fasi..haha..bila dh smpai kawasan berarus, dah mula xstabil..sambung untuk ke bhg yg lg, lg, jauh dan dalam...kali ini Ustazah Atiqah gagal!!! dah mula lemas..kaki xblh nk jejak tanah sbb air terlalu dalam..fasi gelakkan sy...nk mrahnyeeee...truskn jgak usaha smpai garisan pnamat..smpai badan dh lembikkk..tunggu nk rafting plak..xlarat daa...
Masa naik rakit, Ustazah Halawati yg jd ketua..seorang pemimpin yg hbat wlupun agak takut2..(biaselh perempuan)hehe...kami kna simpan rakit yg BERATTTT tu!!skali dgn jemur jaket2 yg byk..shingga kami terlewat..'Bos' kami dh mula marah2...krn setiap kumpulan perlu siapkan task masing2 untuk acara penutup, berkemas dan sekaligus kenduri makan..

Disebabkn nk cpt, xperasan kayu rapuh kt surau, saya terpijak..kaki kanan masuk smpai paras peha..sakitnyeee...sahabat2 cuba menenangkn..sy cpt2 bgun nk bersihkn diri krn tkut keja xsmpat buat..sakit no2..rupa2nye sy memg lmbt..ksian sahabat2..bt kja byk..maaf ye..pastu, mula lh jln mcm mak cik-mak cik..hehe..TARBIYYAH USTAZAH ATIQAH!!!!


Setelah selesai smua, kami berangkat pulang...


* Sahabat, ingat lah firman Allah dalam Surah al-Ankabut , ayat 2 :

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (٢)
 
 Maksudnya : Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : "Kami Beriman" sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Tarbiyyah adalah proses pembelajaran yang akn m'hasilkn sesuatu perubahan yang lebih baik secara berterusan. Ingatlah, kita asatizah..sgt2 penting untuk kita bersedia memperlengkapkan diri kita dengan tarbiyah2 yang mantap agar diri tidak mudah mengaku kalah dalam mendepani cabaran yang mendatang..

"Berjuang Memang Pahit, Kerana Syurga Itu Manis" 
Akhir kalam, MUMTAZ akan dikenang sampai bila2..Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini..Terima kasih juga kepada PM Dr. Farahwahida, Dr. Arieff, Prof Selamat dan Dr Tamar Jaya kerana byk berkorban untuk kami ketika prog ini berlangsung..

~UTM sanjungan bangsa~

P/s : Gambar2 akan dimasukkan kemudian..Tunggu ye sahabat2..;-)

Wednesday 2 March 2011

Dunia Baru Untuk Blogger Yang Baru

Assalamualaikum..
Hari ini, keyboard laptopku menjadi saksi bahawa diriku telah mencuba sesuatu yang baru..
Sesuatu yang agak berlawanan dengan peribadi diri..
Saya lebih suka bercakap berbanding menulis..

Saya merasa terpanggil untuk berbicara tentang dunia hari ini. Keadaan dunia yang begitu 'nazak' dan membimbangkan. Manusia mencipta sejarah dari semasa ke semasa. Dari seorang bayi yang kecil kepada seorang tua yang dhaif. Semua telah, sedang dan akan mencipta sejarah hidup masing-masing, sama ada mencorak suatu kenangan manis yang akan mewarnai hidup-hidup yang kelam dan suram atau menangisi kenangan pahit yang telah dicipta sendiri.

La Tahzan. Ungkapan yang begitu popular dalam kalangan masyarakat hari ini. Kita mesti akur dengan qadha' dan qadar Allah. Kerana setiap insan tidak akan pernah terlepas di bawah pengawasan Allah. Jadi, untuk apa kita bersedih. Bukakanlah pintu hatimu untuk bangkit dan bertindak. Lakukanlah perubahan di kala manusia lain masih terleka. Wahai hati-hati yang tengah terluka, kamu sangat beruntung kerana masih ada yang menyayangimu. Allah tidak akan pernah meninggalkanmu.

Setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam mengemudi hidup yang penuh badai dan ombak yang menggulung. Tapi, kita diberi peluang untuk memilih jalan hidup kita. Jalan yang lurus atau jalan yang menghala ke titik buntu. 

Firman Allah : 


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (١٥٥)
155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar


Kita merasakan hidup kita tidak seperti yang kita mahu. Tapi sedarkah kita, hidup ini hanyalah dipinjam untuk kita sekejap sahaja sebagaimana Rasulullah s.a.w. mengumpamakan dunia dengan akhirat adalah jarak antara dua jari telunjuk dan jari tengah baginda. Jika kita merasakan diri kita cukup derita, masih ramai lagi yang tidak punya apa2 untuk makan. Rasulullah s.a.w. tidak pernah kenyang seumur hidupnya melainkan apabila baginda meraikan majlis keraian sahabat-sahabatnya.

Maka, detik ini, saat ini, bulatkan tekad untuk berubah. Dosa yang lalu, kekecewaan, hinaan manusia kita kuburkan. Jom mulakan hidup baru. Kerana Allah bersama kita. Ayuh sertai saya. Kita sama-sama BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR

Firman Allah :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَةَ اللَّهِ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٢١٨)
218. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang Yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 Doa Rasulullah:-
"Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibah ini. Dan gantilah ia dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya"...Doa Ummu Salamah apabila kehilangan Abu Salamah....Yakinlah Allah akan kurniakan yang terbaik buat diri kita...InsyaAllah... 

Mari bersama saya. Pilihlah untuk bahagia, kerana kita tidak cukup masa untuk menangisi masa lalu. Detik bahagia sedang menunggu kita, untuk kita bertemu denganNya.

Akhir kalam, Allah sayang kita, Wahai Ulul Albab!!!